Akta-akta penulis blog



Mungkin anda boleh disabitkan kesalahan ketika menulis blog,ini adalah akta-akta yang boleh dikenakan kepada penulis-penulis blog~~

Akta Hasutan 1948
Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.

Dalam kes Pendakwa Raya lwn Param Cumarasamy [1986] 1 MLJ 518, mahkamah memutuskan adalah dikira menghasut sekiranya menimbulkan kebencian, menghina atau merangsang ketidakpuasan hati terhadap mana-mana pemerintah atau kerajaan. Keadaan yang boleh menyebabkan ketidaksetiaan, permusuhan dan menghina keadilan dalam negara juga satu bentuk hasutan.

Mahkamah memutuskan dalam kes Melan Abdullah lwn pendakwa raya [1971] 2 MLJ 280, bahawa kecenderungan menghasut apabila menyoal peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang berkaitan bahasa, kerakyatan, keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak serta kedaulatan pemerintah.

Akta Fitnah 1975
Akta ini bertujuan menerangkan kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memfitnah dengan kenyataan dibuat bertujuan memperkecilkan seseorang dalam jawatannya, profesionnya, pekerjaannya, dagangan atau perniagaan.Kenyataan palsu memburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan adalah fitnah.

Dalam kes Sim lwn Stretch (1936) 2 ALL ER 1237, mahkamah di England memutuskan fitnah adalah penerbitan kenyataan yang menunjukkan reputasi seseorang dan kecenderungan merendahkan seseorang dalam penilaian masyarakat yang berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau mengelaknya.

Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta ini terpakai kepada semua warga Malaysia, bukan warga negara, pegawai dalam perkhidmatan awam, mereka yang dipertanggungjawabkan dengan maklumat, kontraktor kerajaan sekarang atau lepas, bekas kakitangan kerajaan, semua pengarah syarikat dan badan korporat dan setiap anggota perkongsian atau firma berurusan dengan kerajaan.Seksyen 25 akta itu menerangkan undang-undang ini beroperasi secara luar wilayah, dengan kesalahan dilakukan di bawah akta ini boleh didakwa setempat, walaupun fakta kesalahan dilakukan di luar negara.

Akta Iklan Lucah 1953
Akta ini bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan dengan seks. Seksyen 3 akta itu menyatakan menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.Walaupun akta ini tidak secara khusus menyentuh pengiklanan di internet, perkataan ‘atau mana-mana benda sekalipun’ amat membantu menyekat iklan lucah yang kian meluas di internet. Seksyen 5 dan 6 akta itu menerangkan iklan hal berkaitan perhubungan kelamin dianggap lucah dan dilarang keras.

Akta Perihal Dagangan 1972
Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan. Akta ini boleh dijadikan asas kepada jualan dan pembelian menerusi medium internet seperti buku, pakaian, cakera padat, pemasaran pelbagai peringkat (MLM), saham dan sebagainya.

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
Menurut Profesor Dr Shad Saleem Faruqi dan Profesor Dr Sankaran Ramanathan (2000) dalam magnum opus mereka, Undang-Undang dan Peraturan Media di Malaysia, akta ini bertujuan mengawal untuk kebaikan jangka panjang pengguna komunikasi dan media bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian boleh dipercayai serta berintegriti. (Shad Saleem Faruqi & Sankaran Ramanathan, 2000. Undang-Undang dan Peraturan Media. Singapura: Asian Media Information and Communication Centre)

Akta Hakcipta 1987
Akta ini bertujuan melindungi hasil literari, hasil drama, filem, hasil muzik dan hasil kesenian. Penerbit, pengarang, atau pencipta mana-mana hasil itu mempunyai hak eksklusif mengawal penerbitan, pengedaran, penyiaran dan sebagainya dalam apa juga bentuk termasuk di internet.Pengecualian diberikan kepada penyelidikan tanpa keuntungan, pengajian dan kritikan peribadi, ulasan atau laporan peristiwa terkini. Bagaimanapun, penghargaan terhadap hasil kerja pengarang atau pencipta perlu dinyatakan

Seksyen 4(3) akta ini turut membabitkan program komputer, foto dan filem, penyiaran rakaman bunyi, objek, simbol dan sebagainya. Seksyen 7(2) akta itu menerangkan bahawa karya dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.

Akta Kesalahan Komputer 1997
Seksyen 3 akta ini pula memperuntukkan bahawa seseorang yang mendapat akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer adalah melakukan kesalahan. Sekiranya didapati bersalah, hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya boleh dijatuhkan.Walaupun akta di atas tidak menyebut dan menyentuh secara spesifik berkenaan aktiviti blog di internet, beberapa peruntukkan dalam akta berkenaan boleh menjadi asas kepada pemantauan blog yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi etika penulisan.

jadi berhati-hati lah dengan penulisan anda yang diterbitkan di internet

Bini ustaz tak tahan



KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.

“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.

“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.

Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya.Harian metro online

Bas Ke neraka



KUALA LUMPUR: Rutin biasa seorang gadis menaiki bas awam untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja berakhir tragedi hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya.

Pada 18 Mei lalu, dia yang berusia 20-an menjadi mangsa kerakusan pemandu bas dan konduktor di Ampang yang memaksanya melakukan hubungan seks dan merakamkan aksi berahi berkenaan.

Pemandu bas terbabit menjadi ‘pengarah’ dan ‘pelakon’ kepada adegan filem lucah itu manakala konduktornya sebagai jurukamera menggunakan telefon bimbit.

Mangsa bagaimanapun tidak dirogol apabila ‘pelakon’ utama itu mendapati dia uzur atau datang bulan.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, wartawan Harian Metro berjaya menemubual mangsa yang kini tinggal sementara dengan kakaknya, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang bekerja menggunakan bas seperti biasa.

“Sudah puluhan kali menaiki bas itu setiap kali pulang bekerja. Namun, inilah sejarah hitam yang tak mungkin saya lupakan.

“Mana tidaknya, saya dijadikan alat pemuas nafsu mereka selain diperlakukan seperti binatang oleh kedua-dua lelaki durjana itu,” katanya yang menjadi penumpang terakhir sebaik tiba di hentian bas itu.

Mangsa pada permulaannya keberatan menceritakan kisah hitam itu, bagaimanapun terpanggil untuk menasihatkan golongan hawa supaya berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa rogol lelaki ‘gila seks’.

Setibanya di hentian bas itu kira-kira jam 10 malam, dia dihampiri pemandu bas terbabit yang enggan membuka pintu sebelum menawarkan pelbagai tawaran mengarut.

“Dia dan konduktor menawarkan saya menjadi heroin filem lucah yang dirancang sebelum mengarahkan saya menanggalkan pakaian. Mulanya saya menolak, namun kedua-duanya bertindak agresif.

“Pemandu bas itu mahu mencederakan saya jika kemahuannya ditolak. Saya yang bimbang dicederakan terpaksa menanggalkan semua pakaian,” katanya.

Mangsa seterusnya dicabul pemandu bas itu sebelum mendapati dia uzur.

Pemandu bas itu menyatakan mangsa bernasib baik kerana ‘keuzuran’ itu menghilangkan seleranya. Namun, dia terus mencabul gadis itu hampir 30 minit.

Konduktor itu pula merakam gambar dan video sambil mengarahkan mangsa melakukan gaya yang lebih menggiurkan.

Mangsa berkata, selepas hampir 45 minit tubuhnya menjadi tatapan dan rakaman mereka, dia dibenarkan pulang sebelum seorang daripada suspek mengugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

“Dia mengugut akan menyebarkan aksi panas saya itu dalam Internet jika saya membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakan baiknya, tetapi mereka merahsiakan kejadian itu kerana bimbang gambar itu tersebar.

Belumpun sampai seminggu, gambar bogel mangsa tersebar menerusi MMS, termasuk diterima rakannya itu.

Rakannya yang bersimpati kepada nasib malang menimpa gadis terbabit mendedahkan kejadian berkenaan kepada kakak mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Difahamkan kedua-dua suspek ditahan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.Harian metro online

ustaz Ada hubungan??



KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.Harian Metro Online

KFC CRUELTY VIDEO

Eat more kfc haha



tatu kelab tiada dara

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.Harian metro

Lagi Kes Samun



IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.

Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air.

Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.

Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.

Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.

“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.

“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.

Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah.

Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya.

“Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya.

Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas.

“Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya.

Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu.

Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.Harian metro online

3 hari tanpa blogging~


Muka penat selepas mengecat


Sudah 3 hari saya tidak mengupdate blog saya,mungkin anda tertanya-tanya adakah saya ni sudah patah hati atau dalam bahasa Mat sallleh Heart broken untuk mengupdate blog saya ini.

sekiranya itu tanggapan anda itu adalah salah,sebenarnya selama tiga hari ini kami bertungkus-lumus dengan afiqah,khairil,cikgu yahya dan budak-budak 6 rendah menyiapkan kerja mengecat makmal komputer smk Badin.

Dengan kerjasama semua orang dalam membuat kerja mengecat ini,Alhamdulilah kerja ini telah siap pada jam 10.30 am tadi.

Saya tidak menyangka bahawa hasil kerjasama kami semua ,maka makmal smk Badin nampak makin ceria dengan warna hijau dan purple.Dengan bimbingan Cikgu Yahya maka terhasil la makmal smk Badin dengan wajah baru dan amat menarik.Seperti pusat taman asuhan kanak-kanak.hehehe...

Kami mengecat makmal smk Badin sempena Hari kaamatan pada bulan ini(heheheh gurau jak).

Selepas kerja mengecat siap,maka kami dan afiqah sangat berpuas hati walaupun penat,mungkin apa bila kami habis latihan industri di smk Badin nanti ,ada juga kenangan yang ditinggalkan disini.

Walaupun Encik Khairil tidak hadir pada hari terakhir ini,akibat dia bercuti,kami terpaksa juga meneruskan kerja tanpanya.(tapi tidak apa dia mau gaji sudah ni...dilayan bah kalau ko dia bilang wakakka)

jadi tampa celoteh yang panjang lihat la hasil kerjasama kami beramai-ramai ini...Layan~~~~~!!


Hasil kerja kami



Hasil kerja kami



Hasil kerja kami



Hasil kerja kami



Hasil kerja kami



Hasil kerja kami

Rm8 juta Hilang!!!!!!OMG



KUALA LUMPUR: Tindakan licik tiga penjenayah memanipulasi sistem van keselamatan dalam rompakan yang dipercayai terbesar sejak beberapa tahun lalu di sebuah pusat beli-belah di Taman Segar di sini, malam kelmarin, mengelirukan pihak berkuasa.

Menurut sumber, kumpulan penjenayah bersenjata api itu dapat melengahkan siasatan kes itu hingga polis menyangka mereka gagal mengambil wang tunai sedangkan lebih RM8 juta sudah dilarikan.

Katanya, beg kosong sengaja ditinggalkan bagi menunjukkan seolah-olah penjenayah terbabit panik dan kesuntukan masa untuk melarikan wang tunai selepas enjin kenderaan itu mati tiba-tiba.

Dengan memanipulasi sistem ‘immobiliser’ yang digunakan pada van terbabit, polis menumpukan usaha membuka pintu yang ditutup secara automatik jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, termasuk rompakan.

Bagaimanapun, selepas pintu dibuka dan kiraan semula dilakukan kira-kira tujuh jam di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, polis dan pengurusan syarikat keselamatan itu menyedari wang yang disangkakan berada dalam van berkenaan, lesap.

Kehilangan wang terbabit disedari jam 2 pagi selepas kes itu dilaporkan.

Ini berikutan kesukaran membuka pintu van selain tindakan berhati-hati polis bagi mengelak sebarang bahan bukti seperti cap jari hilang.

“Ketika kejadian, van dilarikan perompak terbabit dipercayai membawa 10 beg berisi wang bernilai RM10 juta berikutan baru membuat kutipan dari sebuah syarikat telekomunikasi di pusat beli-belah berkenaan.

“Kumpulan perompak itu mengkaji kelemahan sistem keselamatan yang dipasang pada van terbabit sebelum memanipulasinya bagi menggambarkan seolah-olah rompakan itu gagal.

“Mereka dapat mengalihkan perhatian pihak berkuasa yang berusaha membuka pintu van yang ditinggalkan 200 meter dari pasar raya berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, hanya tinggal dua beg mengandungi hampir RM2 juta di dalam van berkenaan.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan sedang diteliti bagi mengenal pasti dalang kejadian itu.

Polis menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk tidak menolak kemungkinan rompakan terbesar tahun itu angkara orang dalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, enggan mengulas lanjut.

Harian Metro semalam melaporkan kejadian rompakan itu berlaku jam 7.10 malam ketika empat pengawal keselamatan berusia 20 dan 30-an itu baru selesai memungut wang sebelum didatangi tiga penjenayah dengan dua bersenjatakan pistol.

Penjenayah bertindak melarikan van berkenaan sejauh 200 meter dari tempat kejadian sebelum mereka melarikan diri.

Kes terbesar lain membabitkan wang RM5 juta apabila sebuah van syarikat keselamatan dirompak di Jalan Sungai Chua Kajang pada 9 Julai 2006.

Malaysia's Second Influenza A (H1N1) Case Detected At Penang Hospital



PULAU PINANG, May 16 (Bernama) -- Malaysia's second Influenza A (H1N1) case has been detected in Penang Hospital, also a student who returned from the United States along with the first case detected yesterday in Selangor, Deputy Director-General of Health Datuk Dr Ramlee Rahmat told a news conference in Putrajaya today.

The student, a friend of the first patient, had travelled on the same flight -- Malaysia Airlines MH091 from Newark, United States -- which arrived at the KL International Airport on Wednesday, and was admitted to the hospital yesterday and confirmed this morning as having been infected by the virus, he said.

-- BERNAMA

LAIN KAMERA LAIN GAMBAR(tenghilan boy goes to kudat)

ANOTHER PICTURE OF US FROM ANOTHER HANDPHONE



Aizzat



Wan And Aizzat



Aizzat And Wan



Rusdi And Aizzat

They so in love la la la laaa laaaa


Yuya dan Ayie dan Ayien

Gambar diatas menunjukkan kawan saya iaitu Elsie Aloi yang berada di sebelah kiri bersama sayang nya yang bernama ayie atau nama sebenarnya noor azrie tahir.Mereka ibarat bagai pinang dibelah dua.Elsie atau lebih suka dipanggil dengana nama Yuya sekarang tengah belajar di Politeknik Johor dalam jurusan diploma reka bentuk grafik manakala sayangnya juga mengambil jurusan yang sama.

Yuya hidup bahagia di semenanjung bersama sayangnya,mengikut di gambar ini,Yuya lebih tembam dari sebelum nya(untuk pengetahuan kamu kami pernah satu kelas semasa form 4 n 5 dan yuya tidak sebegini tembam).Mengikut kata orang-orang tua,sekiranya dia tembam dia hidup dalam bahagia,manakala sayangnya masih maintain dan boleh-boleh la.

Jangan anda tersilap,orang yang bernama nur azreen bt.abdul razak(iaitu yang berada di kanan gambar)bukan sengaja untuk interprem pada ketika itu,kebetulan dia lalu dan ter masuk la dia dalam gambar kedua-dua orang kapel ini.Saya ingin meminta maaf kepada anda semua,nur azreen bt.abdul razak atau lebih dikenali sebagai Ayien juga sudah berpunya,jadi kepada sesiapa yang ingin mengisi borang kosong saya ingin meminta ampun beribu-ribu ampun.Kalau tidak silap pasangan ayien bernama amer(bukan amir juruteknik komputer sk serusup)tetapi amer yang saya sendiri pun tidak tahu biodata lengkapnya.

Tetapi kalau dipasangkan nama lebih cantik ayie dan ayien,tetapi tuan-tuan dan puan-puan,cArtis too phat ada berkata "cinta itu buta dan boleh membutakan".Ayie dan yuya tetap bersama dan memegang erat antara satu sama lain,mana tahu panjang umur murah rezeki, satu ikatan Melaka dan Sabah telah terjadi kalau ada jodoh.

Muka Ayie juga serupa dengan muka kawan saya di sandakan menetap di batu lapan sanadakan kem PGA.Nama kawan saya itu adalah BLACK,wah namanya sama ganas dengan orangnya.

Yuya berpraktikal di company SIM di shah alam ,manakala sayangnya berpraktikal di company MHI melaka,saya pun tidak tahu apa nama company sebenar tapi itu la tu.Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pasangan bahagia ini boleh la SMS on YUYA DAN AYIE dan Hantar Ke 888tekan tekan tak dapat.Atau pun boleh mengclick link ini .


YUYA-www.myspace.com/422797290
AYIE-www.myspace.com/whybeayie

~Saya sentiasa mendoakan hubungan kamu agar berkekalan~
cauu cincau~~

SPY PEN KINI DI SABAH DENGAN HARGA YANG MURAH



BERHATI-BERHATI DENGAN PERBUATAN ANDA DIMANA-MANA SAHAJA HEHE

SPY PEN - RECORDING VIDEO AND VOICE
(18 SX item..Untuk merakam pelbagai aksi secara spontan!!..hehehe)




TENGOK VIDEO DI SINI:-


http://www.youtube.com/watch?v=z6qT0eeZb3Q

http://www.youtube.com/watch?v=DB1JI4y1KnI

http://www.youtube.com/watch?v=7SE-O3aj3XE





KEGUNAAN :-


1)Record voice dan video masa korang meeting..taklimat biz..kelas, kuliah.. x pyh tulis2 atau amik note.

2)Ambil video2 secara spontan sbb pen ni kecik korang leh bawa ke mana2.. Boleh rakam mcm2 aksi spontan tuu!!

3)Boleh dijadikan PENDRIVE, boleh simpan data sebesar 4GB/8GB

4)Data boleh ditransfer dari PC viseversa, pastu boleh tengok video yg anda rakam kat PC/LAPTOP...





CIRI-CIRI:-

1)Kecik dan mudah dibawa

2)Rakaman Video dengan gambar

3)Bercolour dlm bentuk AVI

4)Built in lithium battery

5)Internal Memori 4gb/8gb




KAMERA:-


1)Format video AVI 352x288

2)Boleh rekod suara

3)Saiz video +-500KB seminit

4)Merekod sampai memori penuh selagi x OFF

5)Lithium Battery

6)Battery +-2jam





KANDUNGAN PAKEJ:-


1)4GB USB + Recording Pen (Voice & Video)

2)Travel Wall Charger

3)USB Cable

4)Case

5)Warranty 1 month.

maklumat lebih lanjut

http://www.spypen2u.blogspot.com/

Global Warming & Pemanasan Global.


PEMANASAN GLOBAL

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.

Kesan rumah hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.


seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger


KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL

pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.


Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

BUKTI-BUKTI PEMANASAN GLOBAL TELAH BERLAKU


bukti mengikut teori seluar dalam

bukti menurut teori pemakaian manusia

ramai yang berkumpul bagi menunjukkan protes mereka

Percutian Percuma Kepada Penghidap Selesma Babi


CANCUN: Hotel di pantai Caribbean, Mexico, semalam menawarkan percutian percuma selama tiga tahun kepada pelancong yang dijangkiti selesema babi ketika bercuti di sana.

Kematian 58 orang akibat dijangkiti selesema terbabit di Mexico, tempat wabak itu mula merebak, menyebabkan pembatalan besar-besaran tempahan pelancongan ke negara itu.

‘Pelan bebas selesema’ itu menjamin percutian percuma selama tiga tahun kepada pelancong yang menunjukkan tanda-tanda selesema dalam tempoh lapan hari selepas kembali dari percutian mereka ke sini,” kata Fernando Garcia, pengarah sebuah hotel yang menyertai program berkenaan.Beberapa hotel dengan kira-kira 5,000 bilik terlibat dengan promosi itu setakat ini.
Garcia berkata, dia berharap ia akan meningkat bagi menunjukkan keyakinan terhadap pusat peranginan tepi pantai Mexico.

Pemilik hotel terbabit juga akan menghantar surat kepada kerajaan Amerika untuk disiarkan di akhbar negara itu, menggesa ditarik balik amaran mengenai lawatan ke Mexico. - AFP.harian metro online

Pengalaman Menguruskan Mayat

Ada sesiapa berani pegang dan gosok mayat yang berlendir, rentung, berkecai dan putus kepala, atau memandikan jenazah mati di tali gantung, mangsa bunuh, lemas atau penghidap Aids? Siapa lagi yang sanggup kalau bukan Arbakyah Asmani, 55.



Pekerjaan yang menakut dan menjijikkan bagi kebanyakan orang itu menjadi rutin Arbakyah sejak menjadi sukarelawan di Hospital Kajang selama 25 tahun.

Dalam tempoh itu dia menguruskan hampir 12,000 jenazah atau puratanya 40 mayat sebulan, termasuk Mona Fendey, mayat tiada waris seperti jenazah warga tua yang tidak dituntut anak atau warga asing yang mati disebabkan penyakit, menjalani hukuman gantung atau kemalangan.

Tugas Arbakyah, yang memulakan khidmatnya sejak berusia 30 tahun, bukan sekadar memandikan mayat, malah menyelesaikan semua urusan berkaitan, termasuk mengafan dan menyembahyangkan jenazah pelbagai bentuk dan saiz.

Malah, ada kalanya Arbakyah perlu turut sama memantau apabila ada kubur digali semula dan mengeluarkan mayat bagi kes tertentu seperti jenazah dikebumi mengikut agama lain.

Bukan saja di hospital, di rumahnya, baik di ruang tamu, depan atau belakang turut menjadi gelanggang atau tempat menguruskan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, dekat sini.

Ini antara pengorbanan ibu empat cahaya mata itu yang melakukan tugasan berkenaan secara sukarela sambil turut dibantu suami dan anak yang faham tanggungjawabnya.

Sukar untuk membayangkan tugas Arbakyah sebagai kerjaya, namun kepakaran dimiliki menjadikan khidmat wanita separuh abad ini bukan saja diperlukan di Hospital Kajang, tetapi juga hospital lain di Lembah Klang, terutama menguruskan mayat yang dikategorikan ‘mati ngeri’.

Setiap hari, tidak kira siang atau malam serta lokasi kematian, dia sanggup meluangkan masa menguruskan jenazah apabila ada panggilan daripada pihak yang memerlukan. Pernah Arbakyah memandikan jenazah jam 3 pagi dan ada dalam sehari sehingga enam jenazah diuruskannya.

“Saya melakukan kerja ini (menguruskan jenazah) sejak 25 tahun lalu kerana ketentuan Allah yang membuka hati untuk ke arah ini, sekali gus memenuhi tuntutan fardu kifayah,” katanya menjawab pertanyaan kesanggupannya melakukan kerja itu secara sukarela.

Antara kes yang dikendalikan sejak 25 tahun lalu ialah mayat wanita tua yang perutnya dipenuhi ulat kehitaman apabila terbiar hampir dua minggu di rumahnya selepas meninggal dunia akibat sakit tua di Kajang pada hujung 1990-an.

“Ulat itu menjadi hitam kerana mayat sudah lama terbiar, manakala daging mayat mudah tertanggal apabila diangkat selain mengeluarkan bau sangat busuk.

“Tiada siapa pedulikan, bahkan waris tidak mahu menuntut dan enggan menanggung kos pengebumian. Sebenarnya waris dan keluarga mengaibkan jenazah dan mereka juga menyebabkan kejadian (kematian ngeri) sebegini berlaku,” katanya.

Mengenai pengendalian mayat mengerikan, Arbakyah berkata, dia pernah memandikan mayat yang hancur digilis kereta api, kemalangan, rentung, reput, mati lemas serta akibat HIV dan Aids.

“Dalam kes ini, untuk memandikan mereka ada caranya seperti dialas dengan kain putih, diletakkan kapas serta jaring supaya kulit atau daging yang tertanggal tidak dibawa air.

“Setiap cebisan daging atau anggota dimandikan seperti biasa. Bagaimanapun keadaan mereka, sebelum menjalankan tugas saya berdoa supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya.

Arbakyah juga pernah memandikan anggota badan manusia seperti kaki dan tangan selain janin dan bayi.

“Saya sangat sedih apabila memandikan janin atau bayi, terutama mangsa buangan seperti anak luar nikah.

“Ada mayat tidak sempurna seperti digigit haiwan. Manakala anggota badan pula, cara mandi dan pengebumian sama, cuma tiada sembahyang kerana tuan badannya masih ada,” katanya.

Ditanya pengalaman pelik menguruskan mayat, Arbakyah berkata, dia tidak mahu mengaibkan si mati, malah apa saja perkara yang berlaku dianggap ujian dan ketentuan Tuhan.

“Ada juga ketika saya uruskan mayat, matanya terbuka dan itu antara tanda rohnya keluar.

“Namun, sebelum keluar rumah saya berdoa supaya semua lancar. Sepanjang 25 tahun, jika ada kematian, saya bawa kain kafan yang siap potongannya tanpa tahu saiz fizikal, tetapi alhamdulillah, apabila selesai dimandikan, kain itu sepadan untuk mengafan si mati,” katanya yang menganggap itu kurniaan Tuhan bagi memudahkan kerjanya.

Arbakyah pernah menguruskan jenazah wanita berusia 20-an yang dianggap masyarakat sebagai menerima aib kerana mayatnya terpaksa diusung orang ramai sambil berdiri apabila dimasukkan ke dalam lif di pangsapuri kediaman si mati.

“Hanya kerana kejadian seperti itu, pelbagai cerita timbul. Kononnya jenazah ini tidak diterima bumi, bahkan didakwa anak derhaka hingga menyebabkan perjalanan pengurusan jenazah lambat.

“Sebagai manusia, sepatutnya kita tidak boleh menghukum, hanya Allah tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Arbakyah turut menguruskan mayat warga asing beragama Islam yang meninggal dunia disebabkan penyakit, dijatuhi hukuman gantung atau kemalangan.

Menurutnya, sepanjang menguruskan jenazah, dia paling hiba dan sedih apabila mengendalikan jenazah tiada waris.

Katanya, dalam banyak kes, anak enggan menuntut jenazah ibu bapa, sebaliknya menunggu sijil mati, malah ada yang tiba selepas semua urusan pengebumian selesai semata-mata kerana tidak mahu menanggung kos pengurusan jenazah.

“Sudahlah mayat ibu atau bapa mereka tidak dihiraukan, ada yang datang jumpa minta sijil mati dan buku bank semata-mata mahu mendapatkan harta orang tua,” katanya yang kelihatan tersentuh mengenangkan peristiwa itu.

Lebih menyedihkan, kata Arbakyah, ibu bapa yang berusia dihantar ke rumah kebajikan dan anak membiarkan mereka sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat tersentuh apabila berkunjung ke rumah kebajikan untuk orang tua. Apabila datang, mereka menunggu meminta wang. Bukan banyak pun, RM1 saja. Alasannya nak ke kedai.

“Lebih terharu, ada yang minta dipanggil emak dan ayah bagi menghilangkan rindu terhadap anak, malah ada yang berlinang air mata apabila saya berbuat demikian,” katanya.

Arbakyah berkata, dalam kes jenazah tiada waris, mayat dihantar ke hospital sementara polis berusaha menghubungi keluarga.

“Biasanya, dalam tempoh dua minggu mayat disimpan sementara polis berusaha menghubungi keluarga waris untuk membuat tuntutan.

“Jika tiada atau gagal mencari waris, hospital keluarkan permit perkuburan dan saya menguruskan jenazah daripada mandi, mengafan hingga ke tanah perkuburan,” katanya.

Arbakyah berkata, berdasarkan pengalaman, ada beberapa sebab ahli keluarga tidak menuntut jenazah waris mereka lantaran perselisihan faham, menukar alamat dan nombor telefon tanpa memaklumkan pihak berkenaan, selain keluarga tidak menerima mereka yang dijangkiti HIV atau Aids.

Selain itu, faktor orang tua yang tidak faham keadaan dan kehidupan anak hari ini juga boleh menjadi punca jenazah tidak diuruskan warisnya.

“Saya selalu ingatkan, kita jangan hukum seseorang itu melulu, mungkin mereka ada salah dan silap di dunia, tetapi di sisi Allah kita tidak tahu mungkin dia lebih baik daripada kita,” katanya.

Arbakyah menjelaskan, setiap mayat diuruskan perlu dikenakan bayaran bagi menampung kos penyediaan keperluan dan pengebumian. Setiap mayat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu normal, kritikal dan penyakit berjangkit.

Untuk mayat normal, bayarannya RM730 bagi lelaki manakala perempuan RM780, sementara kritikal seperti kemalangan RM1,000 (lelaki) dan RM1,050 (wanita) serta penyakit berjangkit RM1,050 (lelaki) dan RM1,100 (wanita).

Arbakyah berkata, pengurusan jenazah wanita lebih mahal berbanding lelaki kerana penggunaan lebih banyak kain.

Menurutnya, bagi jenazah tiada waris atau tidak dituntut, kosnya ditanggung majlis agama Islam negeri dan jika membabitkan warga asing, kes itu dirujuk ke kedutaan berkenaan.Harian Metro Online

Babi Berbulu Biri-biri


Seekor babi betina milik ELizabeth memiliki keunikan yang menyerupai bulu domba, ditemukan di pelelangan livestock di kota Lancashire akhir minggu kemarin.

Babi dari spesies Austrian Mangalitza Gilt didapat dengan harga 250 pundesterling.




Save The World

DO YOU THINK THIS WILL HAPPEN SOMEDAY?

















SO WHAT ARE YOU WAITING FOR,SAVE THE WORLD BEFOR IT`S TOO LATE

Melayu Peluk Babi??



TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.

Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari.


Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.

Seorang penduduk, Abdul Karim Yusop, 51, ketika ditemui Harian Metro berkata kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.

“Saya tidak kisah ia dilakukan golongan bukan Islam, tetapi kesal apabila seorang rakan bukan Islam memaklumkan ada orang Melayu turut melakukannya.

“Rakan saya bertanya adakah perbuatan menyentuh babi itu dibenarkan dalam agama Islam dan saya memberitahunya ia perbuatan berdosa bagi umat Islam.

“Mendengar jawapan saya, dia terkejut dan memberitahu terdapat ramai orang Melayu menyentuh dan memeluk babi hutan di kuil berkenaan,” katanya.

Dia yang tidak berpuas hati kemudian ke kuil berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan mengucap panjang apabila melihat beberapa orang Melayu terselit di kalangan pengunjung bukan Islam sedang mengusap babi hutan.

Abdul Karim yang tinggal di Gunung Semanggol, tidak jauh dari kuil berkenaan, berkata dia mengetahui individu terbabit orang Melayu apabila salam diberikannya disambut mereka.

“Apabila saya cuba bertanya lebih lanjut mengenai perbuatan itu, mereka mengelak sebelum beredar. Saya sedih kerana percaya ramai lagi orang Melayu, terutama dari luar negeri ini datang melakukan perbuatan terkutuk dan berdosa besar itu.

“Justeru, saya berharap Jabatan Agama Islam Perak menyiasat kerana risau jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan akidah umat Islam tergugat,” katanya.

Dakwaan Abdul Karim menarik minat wartawan Harian Metro yang meninjau ke kuil berkenaan baru-baru ini selama sehari suntuk bersama jurugambar dengan menyamar sebagai pengunjung.

Terbukti, kehadiran orang Melayu di kuil berkenaan bukan perkara asing terutama di kalangan petugasnya.

Jumlah pengunjung mula bertambah mulai jam 7.30 malam apabila babi dari hutan berhampiran mula memenuhi kawasan khas yang disediakan.

Selain kereta, beberapa bas pelancong termasuk dari Singapura kelihatan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan utama memasuki ke kuil berkenaan, manakala pihak kuil turut menjual nasi lemak yang dibuat khas untuk diberikan kepada babi.

Kira-kira jam 9.30 malam, perhatian wartawan mula terarah kepada dua lelaki Melayu yang datang dan kelihatan di tangan mereka beberapa keping kertas dipercayai slip nombor ekor.

Tanpa membuang masa, dua lelaki terbabit menuju ke arah beberapa ekor babi berhampiran mereka sebelum mengusapnya dengan kertas di tangan mereka.

Sebaik berbuat demikian, mereka terus beredar dan apabila dihampiri wartawan yang bertanyakan mengenai perbuatan mereka, ini jawapan mereka:

“Apa salahnya mencuba nasib. Saya dengar ada orang kena nombor ekor hingga ratusan ribu ringgit apabila mengusap kertas nombor ekor atau wang digunakan untuk membeli nombor ekor kepada badan babi itu,” kata seorang daripada mereka sebelum beredar.

Kepercayaan karut itu dan kehadiran orang Islam di kuil berkenaan diakui beberapa pekerja di kuil terbabit sambil memberi contoh antara 100 pengunjung yang datang, 10 daripadanya orang Melayu.

“Semua itu (kepercayaan memegang babi membawa tuah) terpulang kepada diri masing-masing. Kami tidak pernah menghalang sesiapa masuk ke kuil ini. Tetapi setahu saya, perbuatan memegang babi salah bagi orang Islam.

“Namun mungkin mereka (orang Melayu) yang datang mempunyai alasan tersendiri. Asalkan pengunjung tidak melakukan perkara tidak elok, kami tidak boleh menghalang mereka memasukinya,” kata seorang petugas di kuil yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 32. my metro online

TENGHILAN BOY GOES TO ESPLANED KUDAT!!



Hari ahad yang lalu kami telah pergi ke kudat untuk menghantar budak teknik kudat ke Kudat,Saya rusdi dan Wan Syawal sempat jalan-jalan di esplened kudat sementara menunggu Encik Norman untuk membelanja kami makan di panggung.this is our picture,layan!!~






Esplanad Sidek juga adalah salah satu kawasan riadah yang dikunjungi ramai pada waktu petang. Pengunjung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke golongan tua akan turut datang ke sini. Pengunjung yang datang lebih gemar menghabiskan masa dengan menghayati pemandangan alam semula jadi yang indah, terutamanya pada waktu senja. Pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan, malah Esplaned Sidek turut menjadi tumpuan pelancong luar yang datang ke daerah ini.









Daerah Kudat terletak di sebelah utara Negeri Sabah yang juga merupakan salah satu bandar besar Negeri Sabah selain Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Menurut cerita rakyat di sini, Kudat mendapat namanya daripada suatu kejadian lucu yang berlaku lebih kurang 100 tahun dahulu. Cerita ini menerangkan bahawa pada suatu malam semasa penduduk di pinggir laut iaitu kaum Binadan yang sedang nyenyak tidur, mereka telah dikejutkan oleh bunyi hon daripada sebuah kapal bernama ‘santi’ yang menyebabkan mereka berlari tidak tentu arah sambil menjerit “takuddat aku”, bahasa Binadan yang bererti ‘saya takut’.

Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini. Walau bagaimanapun, kejadian lucu dalam sejarah Kudat tidak begitu terkenal berbanding dengan Kudat pada masa dahulu. Kudat merupakan ibu Negeri Sabah yang pertama dan juga sebuah pangkalan perdagangan yang penting. Kudat telah dijadikan ibu negeri pada tahun 1881 setelah pertubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British bertapak di Sabah. Kudat mempunyai pelabuhan yang baik dan pihak British pada masa itu mengharapkan bahawa Kudat boleh menjadi pelabuhan bagi kapal-kapal yang belayar di antara benua Eropah dan China. Walaupun demikian, hasrat ini tidak terlaksana dan pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Sandakan pada tahun 1883.



Dahulunya, Pekan Kudat merupakan tempat kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah yang dibina di atas laut dan sebahagian pula di atas kawasan tanah sempit yang terletak di antara pinggir laut dan kawasan tanah becak.

Roslin Hashim

Pemain Badminton Negara

PETALING JAYA: Sumpah pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, 34, bahawa dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan bekas isteri dalam tempoh 12 hari perkahwinan mereka diterima Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie Jamil Ahmad dalam penghakimannya berkata, bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad, 32, memberitahu dia pernah melakukan hubungan kelamin tetapi pemain badminton itu menafikannya.

“Mahkamah menerima sumpah defendan (Roslin) yang menjelaskan mereka tidak melakukan persetubuhan walaupun sebelum ini plaintif (Faizah) dalam keterangannya menyatakan pernah bersetubuh sebelum bekas suaminya melafazkan cerai.

“Oleh kerana tiada persetubuhan, mahkamah tidak perlu menetapkan tempoh edah kepada Faizah dalam perceraian ini. Kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kecuali dengan perkahwinan semula,” katanya.

Jamil berkata, lafaz cerai yang dibuat pemain badminton itu nyata serta tiada paksaan daripada pihak lain.


Justeru, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pemain badminton negara terhadap bekas isterinya Februari lalu sah dengan talak ba’in sughro (talak tidak boleh dirujuk semula) kali pertama dengan satu talak.

Ketika keputusan itu dibuat, Roslin dan Faizah kelihatan tenang mendengar alasan penghakiman.

Roslin diwakili peguam syarie Mohd Junid Mohd Ramali dan Roslizam Rahim, manakala peguam syarie Musa Awang mewakili Faizah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, pemain badminton itu berkata, dia bersyukur kerana kes itu sudah selesai.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung siapa yang benar atau sebaliknya kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi dengan bekas isterinya.

Menurutnya, jika dia bersuara atau memberi ulasan yang boleh menyebabkan bekas isterinya tidak puas hati, sekali gus kontroversi antara mereka akan berpanjangan.

“Saya lega kerana kes itu sudah selesai dan jelas tiada benda lagi yang perlu dikatakan kerana semua sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Kini saya ingin memberi tumpuan kepada pertandingan badminton peringkat Asia yang akan datang,” katanya yang tidak merancang berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, kata Roslin, dia percaya kepada jodoh kerana ingin berkahwin dan mempunyai zuriat.

Sementara itu, Faizah ketika ditemui, meluahkan perasaan bersyukur apabila kes dengan bekas suaminya selesai di mahkamah.

“Kini saya tenang dan tidak mahu bercakap apa-apa di belakang dia (Roslin). Saya berharap kes (kontroversi) dengan dia habis di sini saja,” katanya.

Pada 22 April lalu, Roslin ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu dia terkejut apabila bekas isterinya mengatakan mereka pernah melakukan persetubuhan.

Berikutan itu, dia sanggup bersumpah apabila Musa mencabarnya berikutan kenyataannya bercanggah dengan keterangan Faizah bahawa mereka pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berlaku lafaz cerai pada 11 Februari lalu.

Roslin melafazkan lafaz cerai itu di rumah mentuanya di Puchong kira-kira jam 10.50 malam, 11 Februari lalu.

Gadis dipaksa mengadakan hubungan seks dengan anjing .

Gambar hiasan

DAR SALAM ES - Dua lelaki dan satu wanita bekerja dengan satu syarikat perlombongan Kanada telah dipenjara selama 20 tahun kerana memaksa seorang gadis berumur 13 tahun untuk mengadakan seks dengan seekor anjing kata pegawai mahkamah Tanzania .

Majistret Gadiel Mariki meluluskan hukuman pada Selasa lalu kepada tiga orang ini setelah mendapati mereka bersalah kerana'memaksa seorang gadis untuk mengadakan seks dengan seekor anjing' bertempat di bandar raya utara Mwanza pada Mac 2008, beritahu satu pegawai dari Bandar Lake Victoria.

Job Mlama, 30, Anicet Edward, 30, dan Shija Madata, 18, bekerja oleh di syarikat penjelajahan perlombongan, Barrick Exploration Africa Limited (BEAL) di Mwanza, 800 kilometer dari utara ibu kota Dar es Salaam.

Mereka diberhentikan kerja selepas insiden ini.

Dalam pengadilannya, Judge Mariki menyatakan ketiga-tiga mereka itu menggoda murid perempuan itu untuk berkerja di tapak perkhemahan BEAL, dan meyakinkannya supaya bermalam disana sebelum memaksa dia untuk melakukan seks dengan haiwan.

Mahkamah itu mengarahkan anjing yang dimiliki oleh salah seorang daripada ekspatriat di BEAL, dihantar ke polis, para aktivis mengutuk hukuman itu sebagai terlalu lembut.

'Rakyat ini berhak menerima hukuman mati , atas kesalahan keji ini ,' kataIchikaeli Maro, bekas ketua hak kumpulan wanita.

'Mereka berhak menerima satu hukuman yang wajar dan boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain yang mempunyai tabiat seperti ini,' kata Rehema Kerefu, pengarah Tanzania Women Legal Aid Committee .

Italian Mafia Salvatore Coluccio Captured


Salvatore Coluccio (centre) is escorted by police special forces following his arrest on Sunday in the Southern region of Calabria. -- PHOTO: AFP

ROME - ITALIAN police arrested on Sunday the suspected head of a mafia crime family in the southern region of Calabria.

Salvatore Coluccio, who had been on the run for four years, was found hiding in a special bunker equipped with an electric generator, an air conditioning system and a large stock of food, Italy's ANSA news agency reported.

Coluccio, who figured on a list of Italy's 30 most dangerous fugitives, was arrested in Roccella Ionica, a small Calabrian town on the Ionian Sea, police said.

Coluccio and his brother Giuseppe, who was arrested last August in Canada, are believed to head a powerful crime family for the mafia in Calabria, who are known as the 'Ndrangheta.

The pair are suspected of masterminding a vast drug-trafficking network between South America and Calabria, according to ANSA.

Italian Interior Minister Roberto Maroni issued a statement after Coluccio's arrest thanking police for the 'important operation.' Following his arrest in a Toronto suburb, Giuseppe Coluccio was extradited to Italy. -- AFP


stick stick.....

Kalau mau masuk,mesti ada sticker,baru pass..
kalau tiada sticker naik city bus baru pass..
kalau guard leka nah,apalagi masuk tak payah sticker...
kalau pintar buat sticker sendiri,huhuh,
tapi kalau kedapatan pandai-pandai la kawan.wakakakka












Miss Egie N Yan lari dari rumah.?

Kaji semula peraturan sedia ada bina rumah lereng bukit: Perkesan

KOTA KINABALU: Persatuan Kesela-matan dan Kebajikan Pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria Kota Kinabalu (Perkesan) meminta pihak berkuasa mengkaji semula peraturan sedia ada berhubung pembinaan projek perumahan di lereng bukit demi melindungi kepentingan dan keselamatan pembeli rumah di kawasan itu.

Pengerusinya John Gobel berkata, kajian itu penting bagi mengelak kejadian tidak diingini atau luar jangka seperti tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antara-bangsa, Kuala Lumpur pada Disember 2008 dan Highland Towers pada 1993.

Katanya lagi, Jawatankuasa Khas juga perlu ditubuhkan bagi menyiasat struktur bangunan atau asas semua jenis rumah termasuk kondominium, banglow dan pangsapuri kos rendah dan sederhana yang dibina di kawasan lereng bukit.

“Kami berpendapat harus ada satu Jawatankuasa Khas untuk menjalankan kajian terperinci terhadap fondasi keutuhan bukit, batu-batu dan tanah serta bagaimana perjalanan dan penyaluran air dari atas bukit.

“Di samping itu, perlu diambil kira tentang bahan binaan yang sudah lama, termasuk besi yang boleh melemahkan keutuhan bangunan apabila sudah bertagar,” ka-tanya, kepada New Sabah Times, kelmarin.

Merujuk kepada kenyataan akhbar pada 23 Disember lalu, oleh Datuk Susan Wong selaku Setiausaha Persatuan Pemaju Perumahan dan hartanah Sabah (Shareda), yang tidak bersetuju projek-projek perumahan di cerun bukit diharamkan, memandangkan pembinaan bangunan-bangunan lama di kawasan lereng bukit seperti di kawasan Signal Hill tetap utuh, satu kejayaan pemaju perumahan negeri Sabah, John berkata:

“Kajian terhadap projek-projek perumahan di cerun bukit memang perlu sebagai contoh, pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria iaitu rumah kos rendah dan sederhana yang pada mulanya mempunyai dua jalan untuk masuk dan keluar yang terletak di atas bukit curam.

“Tetapi kini, salah satu daripada jalan keluar – masuk itu telah ditutup dengan batu-batu oleh pihak pemaju dari tahun 2004 sehingga sekarang kerana menurut pihak pemaju ia berbahaya,” katanya.

Beliau mendakwa, penutupan jalan asal itu menyukarkan pihak polis peronda mengawal keselamatan di kawasan Indah Permai, Taman Bukit Sepanggar, Seri Maju, Sepangagr Ria dan sekitarnya.

“Kami telah mengemukakan masalah jalan ini beberapa kali kepada pihak berkuasa termasuk pihak Dewan Ban-daraya Kota Kinabalu (DBKK), pihak pemaju dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan ini tetapi sehingga sekarang perkara ini belum selesai,” katanya.

Katanya lagi, memandangkan hanya satu jalan masuk dan keluar di kawasan itu ketika ini, penduduk di kawasan itu bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti tanah runtuh, mereka sukar keluar daripada kawasan itu kerana kedudukan pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria terletak di lereng Bukit Sepanggar.

“Oleh itu Perkesan memohon kepada Jawatankuasa Khas dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (sekiranya sudah dibentuk) supaya mengkaji semula jalan asal masuk/ keluar dari Taman Indah Permai yang ditutup dengan batu-batu dan dikatakan kawasan bahaya.

“Sekiranya betul kawasan itu berbahaya, kami berharap pihak berkenaan dapat memasang papan tanda amaran di situ bahawa jalan itu ditutup, untuk memberi makluman kepada penduduk pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria atau orang ramai yang ingin mengunjungi saudara mara mereka yang tinggal di kawasan itu,” katanya.






MISS EGIE DAN MISS YAN





Gambar ini dijumpai oleh saya di dalam handphone saya,Miss Egie masih mampu menaikkan jari peace walaupun dalam dilemma tiada rumah,mereka berdua ini bekas penghuni di Serimaju. Gambar menunjukkan Miss Egie memeluk pakaiannya dengan erat sekali kerana bonet belakang sudah tidak muat(penuh dengan barang mereka).Miss Yan kelihatan sedih memikirkan diamanalah mereka akan tinggal selepas ini.Miss Egie adalah pemilik blog http://theawfulthings.blogspot.com/
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang blog Miss Egie Boleh lah mengklik link Diatas.


Mereka berdua pernah tinggal di apartment Serimaju di sepanggar yang terletak tidak berapa jauh dari tempat mereka belajar iaitu politeknik kota kinabalu.