SOTO KEPALA KUCING??


SOTO KEPALA KUCING????



Di Pekan Tuaran terdapat satu kedai jawa yang berkongsi perniagaan nya dengan kedai cina,jawa itu membekalkan makanan manakala cina membekal kan minuman kepada pelanggan yang datang ke restoran mereka.Soto dan Rojak jawa ini amat terkenal dikalangan orang-orang di Tuaran,Kedai ini bernama kedai kopi Yun siong.Tetapi dalam beberapa bulan yang lalu Kedai Ini telah ditutup dan dibuka semula pada bulan lepas.

Gambar diatas menunjukkan kedai itu selepas dibuka beberapa bulan yang lalu,ia tidak kelihatan seperti masa-masa yang lalu,kelihatan lenggang dan kurang orang. Ini menimbulkan persoalan di kepala saya,mengapakah dan kenapakah perkara ini berlaku. Menurut sumber-sumber ada yang berkata kedai jawa ini ditutup sebelum ini adalah kerana ada kebersihan makanan, mereka berkata bahawa apabila jabatan kesihatan melawat kedai ini mereka terjumpa kepala kucing didalam tempat memasak sup,dengan kepala kucing itu dibalut dengan kain. Adakah ini benar.?Inilah salah satu punca sebab mengapa sudah tidak ramai pelanggan yang datang makan ke restoran ini.


Saya mengaku saya sendiri pernah makan di situ,beberapa kali.Apabila saya mendengar cerita itu,saya rasa loya dan hendak muntah.Tetapi adakah perkara ini benar?atau ia adalah strategi kotor pesaing-pesaing restoran ini yang tidak senang hati dengan kejayaan yang dicapai oleh restoran ini?.Tetapi baru-baru ini abang saudara saya telah ke restoran itu(ia sangat dekat dengat tempat pairit)lalu bertanya kan soalan:"kenapa kamu tutup beberapa bulan yang lalu".?
Anak bos itu menjawab bahawa emaknya sakit tenat dan di tahan di hospital dan dia terpaksa menutup restoran untuk menjaga emak nya,untuk pengetahuan selain dari kedai kopi Yun siong,restoran surabaya juga dimiliki oleh anak jawa yang berkerja di kedai kopi yun siong.Ya saya sendiri nampak bahawa emak mereka(iaitu bos jawa-jawa itu)sudah tiada di sana.

.Adakah berita tentang kepala kucing di dalam sup itu adalah benar atau pun fitnah semata-mata masih lagi menjadi persoalan .Jadi terpulang lah kepada penduduk-penduduk Tuaran untuk menilai nya,mungkin betul atau mungkin salah,ada banyak kemungkinan di sini. Jadi hanya Allah yang tahu.Jadi siapa yang yakin makan sahaja la,tetapi sekiranya ada was-was di fikiran anda,bagus pegi KFC ka MCD ka ...wahahhaha lagi happy apa.Tapi ni dua tempat pun ada juga hal dia.kan kan kan,jadi susah susah suruh jak bini, mama,atau masak jak sendiri.

0 comments:

Post a Comment