Global Warming & Pemanasan Global.
PEMANASAN GLOBAL
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.
Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.
Kesan rumah hijau
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.
Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.
Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.
seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger
KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL
pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.
Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.
BUKTI-BUKTI PEMANASAN GLOBAL TELAH BERLAKU
bukti mengikut teori seluar dalam
bukti menurut teori pemakaian manusia
ramai yang berkumpul bagi menunjukkan protes mereka
KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL
pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.
Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.
BUKTI-BUKTI PEMANASAN GLOBAL TELAH BERLAKU
bukti mengikut teori seluar dalam
bukti menurut teori pemakaian manusia
ramai yang berkumpul bagi menunjukkan protes mereka
Posted by
Blongroup
On
15 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Profile
Speak!!!
I follow this blog
Visitor
Blog Archive
-
▼
2009
(48)
-
▼
May
(29)
- Akta-akta penulis blog
- Bini ustaz tak tahan
- Bas Ke neraka
- ustaz Ada hubungan??
- KFC CRUELTY VIDEO
- tatu kelab tiada dara
- Lagi Kes Samun
- 3 hari tanpa blogging~
- Rm8 juta Hilang!!!!!!OMG
- Malaysia's Second Influenza A (H1N1) Case Detected...
- LAIN KAMERA LAIN GAMBAR(tenghilan boy goes to kudat)
- They so in love la la la laaa laaaa
- SPY PEN KINI DI SABAH DENGAN HARGA YANG MURAH
- Global Warming & Pemanasan Global.
- Percutian Percuma Kepada Penghidap Selesma Babi
- Pengalaman Menguruskan Mayat
- Babi Berbulu Biri-biri
- Save The World
- Melayu Peluk Babi??
- TENGHILAN BOY GOES TO ESPLANED KUDAT!!
- Roslin Hashim
- Gadis dipaksa mengadakan hubungan seks dengan anji...
- Italian Mafia Salvatore Coluccio Captured
- stick stick.....
- Miss Egie N Yan lari dari rumah.?
- GENG IPOL TUMPAS
- PULAU BOGEL?DI MALAYSIA
- SOTO KEPALA KUCING??
- House Music At Barsu
-
▼
May
(29)
0 comments:
Post a Comment