TENGHILAN BOY GOES TO ESPLANED KUDAT!!



Hari ahad yang lalu kami telah pergi ke kudat untuk menghantar budak teknik kudat ke Kudat,Saya rusdi dan Wan Syawal sempat jalan-jalan di esplened kudat sementara menunggu Encik Norman untuk membelanja kami makan di panggung.this is our picture,layan!!~






Esplanad Sidek juga adalah salah satu kawasan riadah yang dikunjungi ramai pada waktu petang. Pengunjung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke golongan tua akan turut datang ke sini. Pengunjung yang datang lebih gemar menghabiskan masa dengan menghayati pemandangan alam semula jadi yang indah, terutamanya pada waktu senja. Pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan, malah Esplaned Sidek turut menjadi tumpuan pelancong luar yang datang ke daerah ini.









Daerah Kudat terletak di sebelah utara Negeri Sabah yang juga merupakan salah satu bandar besar Negeri Sabah selain Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Menurut cerita rakyat di sini, Kudat mendapat namanya daripada suatu kejadian lucu yang berlaku lebih kurang 100 tahun dahulu. Cerita ini menerangkan bahawa pada suatu malam semasa penduduk di pinggir laut iaitu kaum Binadan yang sedang nyenyak tidur, mereka telah dikejutkan oleh bunyi hon daripada sebuah kapal bernama ‘santi’ yang menyebabkan mereka berlari tidak tentu arah sambil menjerit “takuddat aku”, bahasa Binadan yang bererti ‘saya takut’.

Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini. Walau bagaimanapun, kejadian lucu dalam sejarah Kudat tidak begitu terkenal berbanding dengan Kudat pada masa dahulu. Kudat merupakan ibu Negeri Sabah yang pertama dan juga sebuah pangkalan perdagangan yang penting. Kudat telah dijadikan ibu negeri pada tahun 1881 setelah pertubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British bertapak di Sabah. Kudat mempunyai pelabuhan yang baik dan pihak British pada masa itu mengharapkan bahawa Kudat boleh menjadi pelabuhan bagi kapal-kapal yang belayar di antara benua Eropah dan China. Walaupun demikian, hasrat ini tidak terlaksana dan pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Sandakan pada tahun 1883.



Dahulunya, Pekan Kudat merupakan tempat kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah yang dibina di atas laut dan sebahagian pula di atas kawasan tanah sempit yang terletak di antara pinggir laut dan kawasan tanah becak.

3 comments:

egie said...

ada perenggan yg sama.

Mohd Aizzat Bin Mastan said...

mungkin virus(alasan malas tulis blog)

Rallesty Ozzty said...

Nice! Kudat mmg tmpt yg cantik :)
Anyway, izinkan sy menggunakan beberapa bahan dlm nie utk kerja kursus sy k ... Thanks :)

Post a Comment