Miss Egie N Yan lari dari rumah.?

Kaji semula peraturan sedia ada bina rumah lereng bukit: Perkesan

KOTA KINABALU: Persatuan Kesela-matan dan Kebajikan Pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria Kota Kinabalu (Perkesan) meminta pihak berkuasa mengkaji semula peraturan sedia ada berhubung pembinaan projek perumahan di lereng bukit demi melindungi kepentingan dan keselamatan pembeli rumah di kawasan itu.

Pengerusinya John Gobel berkata, kajian itu penting bagi mengelak kejadian tidak diingini atau luar jangka seperti tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antara-bangsa, Kuala Lumpur pada Disember 2008 dan Highland Towers pada 1993.

Katanya lagi, Jawatankuasa Khas juga perlu ditubuhkan bagi menyiasat struktur bangunan atau asas semua jenis rumah termasuk kondominium, banglow dan pangsapuri kos rendah dan sederhana yang dibina di kawasan lereng bukit.

“Kami berpendapat harus ada satu Jawatankuasa Khas untuk menjalankan kajian terperinci terhadap fondasi keutuhan bukit, batu-batu dan tanah serta bagaimana perjalanan dan penyaluran air dari atas bukit.

“Di samping itu, perlu diambil kira tentang bahan binaan yang sudah lama, termasuk besi yang boleh melemahkan keutuhan bangunan apabila sudah bertagar,” ka-tanya, kepada New Sabah Times, kelmarin.

Merujuk kepada kenyataan akhbar pada 23 Disember lalu, oleh Datuk Susan Wong selaku Setiausaha Persatuan Pemaju Perumahan dan hartanah Sabah (Shareda), yang tidak bersetuju projek-projek perumahan di cerun bukit diharamkan, memandangkan pembinaan bangunan-bangunan lama di kawasan lereng bukit seperti di kawasan Signal Hill tetap utuh, satu kejayaan pemaju perumahan negeri Sabah, John berkata:

“Kajian terhadap projek-projek perumahan di cerun bukit memang perlu sebagai contoh, pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria iaitu rumah kos rendah dan sederhana yang pada mulanya mempunyai dua jalan untuk masuk dan keluar yang terletak di atas bukit curam.

“Tetapi kini, salah satu daripada jalan keluar – masuk itu telah ditutup dengan batu-batu oleh pihak pemaju dari tahun 2004 sehingga sekarang kerana menurut pihak pemaju ia berbahaya,” katanya.

Beliau mendakwa, penutupan jalan asal itu menyukarkan pihak polis peronda mengawal keselamatan di kawasan Indah Permai, Taman Bukit Sepanggar, Seri Maju, Sepangagr Ria dan sekitarnya.

“Kami telah mengemukakan masalah jalan ini beberapa kali kepada pihak berkuasa termasuk pihak Dewan Ban-daraya Kota Kinabalu (DBKK), pihak pemaju dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan ini tetapi sehingga sekarang perkara ini belum selesai,” katanya.

Katanya lagi, memandangkan hanya satu jalan masuk dan keluar di kawasan itu ketika ini, penduduk di kawasan itu bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti tanah runtuh, mereka sukar keluar daripada kawasan itu kerana kedudukan pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria terletak di lereng Bukit Sepanggar.

“Oleh itu Perkesan memohon kepada Jawatankuasa Khas dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (sekiranya sudah dibentuk) supaya mengkaji semula jalan asal masuk/ keluar dari Taman Indah Permai yang ditutup dengan batu-batu dan dikatakan kawasan bahaya.

“Sekiranya betul kawasan itu berbahaya, kami berharap pihak berkenaan dapat memasang papan tanda amaran di situ bahawa jalan itu ditutup, untuk memberi makluman kepada penduduk pangsapuri Seri Maju dan Sepanggar Ria atau orang ramai yang ingin mengunjungi saudara mara mereka yang tinggal di kawasan itu,” katanya.






MISS EGIE DAN MISS YAN





Gambar ini dijumpai oleh saya di dalam handphone saya,Miss Egie masih mampu menaikkan jari peace walaupun dalam dilemma tiada rumah,mereka berdua ini bekas penghuni di Serimaju. Gambar menunjukkan Miss Egie memeluk pakaiannya dengan erat sekali kerana bonet belakang sudah tidak muat(penuh dengan barang mereka).Miss Yan kelihatan sedih memikirkan diamanalah mereka akan tinggal selepas ini.Miss Egie adalah pemilik blog http://theawfulthings.blogspot.com/
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang blog Miss Egie Boleh lah mengklik link Diatas.


Mereka berdua pernah tinggal di apartment Serimaju di sepanggar yang terletak tidak berapa jauh dari tempat mereka belajar iaitu politeknik kota kinabalu.

0 comments:

Post a Comment