Akta-akta penulis blog
Mungkin anda boleh disabitkan kesalahan ketika menulis blog,ini adalah akta-akta yang boleh dikenakan kepada penulis-penulis blog~~
Akta Hasutan 1948
Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
Dalam kes Pendakwa Raya lwn Param Cumarasamy [1986] 1 MLJ 518, mahkamah memutuskan adalah dikira menghasut sekiranya menimbulkan kebencian, menghina atau merangsang ketidakpuasan hati terhadap mana-mana pemerintah atau kerajaan. Keadaan yang boleh menyebabkan ketidaksetiaan, permusuhan dan menghina keadilan dalam negara juga satu bentuk hasutan.
Mahkamah memutuskan dalam kes Melan Abdullah lwn pendakwa raya [1971] 2 MLJ 280, bahawa kecenderungan menghasut apabila menyoal peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang berkaitan bahasa, kerakyatan, keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak serta kedaulatan pemerintah.
Akta Fitnah 1975
Akta ini bertujuan menerangkan kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memfitnah dengan kenyataan dibuat bertujuan memperkecilkan seseorang dalam jawatannya, profesionnya, pekerjaannya, dagangan atau perniagaan.Kenyataan palsu memburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan adalah fitnah.
Dalam kes Sim lwn Stretch (1936) 2 ALL ER 1237, mahkamah di England memutuskan fitnah adalah penerbitan kenyataan yang menunjukkan reputasi seseorang dan kecenderungan merendahkan seseorang dalam penilaian masyarakat yang berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau mengelaknya.
Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta ini terpakai kepada semua warga Malaysia, bukan warga negara, pegawai dalam perkhidmatan awam, mereka yang dipertanggungjawabkan dengan maklumat, kontraktor kerajaan sekarang atau lepas, bekas kakitangan kerajaan, semua pengarah syarikat dan badan korporat dan setiap anggota perkongsian atau firma berurusan dengan kerajaan.Seksyen 25 akta itu menerangkan undang-undang ini beroperasi secara luar wilayah, dengan kesalahan dilakukan di bawah akta ini boleh didakwa setempat, walaupun fakta kesalahan dilakukan di luar negara.
Akta Iklan Lucah 1953
Akta ini bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan dengan seks. Seksyen 3 akta itu menyatakan menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.Walaupun akta ini tidak secara khusus menyentuh pengiklanan di internet, perkataan ‘atau mana-mana benda sekalipun’ amat membantu menyekat iklan lucah yang kian meluas di internet. Seksyen 5 dan 6 akta itu menerangkan iklan hal berkaitan perhubungan kelamin dianggap lucah dan dilarang keras.
Akta Perihal Dagangan 1972
Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan. Akta ini boleh dijadikan asas kepada jualan dan pembelian menerusi medium internet seperti buku, pakaian, cakera padat, pemasaran pelbagai peringkat (MLM), saham dan sebagainya.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
Menurut Profesor Dr Shad Saleem Faruqi dan Profesor Dr Sankaran Ramanathan (2000) dalam magnum opus mereka, Undang-Undang dan Peraturan Media di Malaysia, akta ini bertujuan mengawal untuk kebaikan jangka panjang pengguna komunikasi dan media bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian boleh dipercayai serta berintegriti. (Shad Saleem Faruqi & Sankaran Ramanathan, 2000. Undang-Undang dan Peraturan Media. Singapura: Asian Media Information and Communication Centre)
Akta Hakcipta 1987
Akta ini bertujuan melindungi hasil literari, hasil drama, filem, hasil muzik dan hasil kesenian. Penerbit, pengarang, atau pencipta mana-mana hasil itu mempunyai hak eksklusif mengawal penerbitan, pengedaran, penyiaran dan sebagainya dalam apa juga bentuk termasuk di internet.Pengecualian diberikan kepada penyelidikan tanpa keuntungan, pengajian dan kritikan peribadi, ulasan atau laporan peristiwa terkini. Bagaimanapun, penghargaan terhadap hasil kerja pengarang atau pencipta perlu dinyatakan
Seksyen 4(3) akta ini turut membabitkan program komputer, foto dan filem, penyiaran rakaman bunyi, objek, simbol dan sebagainya. Seksyen 7(2) akta itu menerangkan bahawa karya dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.
Akta Kesalahan Komputer 1997
Seksyen 3 akta ini pula memperuntukkan bahawa seseorang yang mendapat akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer adalah melakukan kesalahan. Sekiranya didapati bersalah, hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya boleh dijatuhkan.Walaupun akta di atas tidak menyebut dan menyentuh secara spesifik berkenaan aktiviti blog di internet, beberapa peruntukkan dalam akta berkenaan boleh menjadi asas kepada pemantauan blog yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi etika penulisan.
jadi berhati-hati lah dengan penulisan anda yang diterbitkan di internet
Posted by
Blongroup
On
28 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Profile
Speak!!!
I follow this blog
Visitor
Blog Archive
-
▼
2009
(48)
-
▼
May
(29)
- Akta-akta penulis blog
- Bini ustaz tak tahan
- Bas Ke neraka
- ustaz Ada hubungan??
- KFC CRUELTY VIDEO
- tatu kelab tiada dara
- Lagi Kes Samun
- 3 hari tanpa blogging~
- Rm8 juta Hilang!!!!!!OMG
- Malaysia's Second Influenza A (H1N1) Case Detected...
- LAIN KAMERA LAIN GAMBAR(tenghilan boy goes to kudat)
- They so in love la la la laaa laaaa
- SPY PEN KINI DI SABAH DENGAN HARGA YANG MURAH
- Global Warming & Pemanasan Global.
- Percutian Percuma Kepada Penghidap Selesma Babi
- Pengalaman Menguruskan Mayat
- Babi Berbulu Biri-biri
- Save The World
- Melayu Peluk Babi??
- TENGHILAN BOY GOES TO ESPLANED KUDAT!!
- Roslin Hashim
- Gadis dipaksa mengadakan hubungan seks dengan anji...
- Italian Mafia Salvatore Coluccio Captured
- stick stick.....
- Miss Egie N Yan lari dari rumah.?
- GENG IPOL TUMPAS
- PULAU BOGEL?DI MALAYSIA
- SOTO KEPALA KUCING??
- House Music At Barsu
-
▼
May
(29)
3 comments:
ade aku kisah?
haha~~asalkan blog ko x pemes,kompom slamat dari akta2 nih..jd, be underground~~;p
hahah zul rilek kau..aku cuma ctau jak bah...
yayaya tj...cam terasa aku blog nda top hehehe
Post a Comment