Percutian Percuma Kepada Penghidap Selesma Babi


CANCUN: Hotel di pantai Caribbean, Mexico, semalam menawarkan percutian percuma selama tiga tahun kepada pelancong yang dijangkiti selesema babi ketika bercuti di sana.

Kematian 58 orang akibat dijangkiti selesema terbabit di Mexico, tempat wabak itu mula merebak, menyebabkan pembatalan besar-besaran tempahan pelancongan ke negara itu.

‘Pelan bebas selesema’ itu menjamin percutian percuma selama tiga tahun kepada pelancong yang menunjukkan tanda-tanda selesema dalam tempoh lapan hari selepas kembali dari percutian mereka ke sini,” kata Fernando Garcia, pengarah sebuah hotel yang menyertai program berkenaan.Beberapa hotel dengan kira-kira 5,000 bilik terlibat dengan promosi itu setakat ini.
Garcia berkata, dia berharap ia akan meningkat bagi menunjukkan keyakinan terhadap pusat peranginan tepi pantai Mexico.

Pemilik hotel terbabit juga akan menghantar surat kepada kerajaan Amerika untuk disiarkan di akhbar negara itu, menggesa ditarik balik amaran mengenai lawatan ke Mexico. - AFP.harian metro online

0 comments:

Post a Comment