TROUBLE AT TOPOKON


Amenk(berbaju merah) dan syafiq sedang menunggu invader

Kereta di atas adalah kereta Ford kawan saya yang bernama Amenk, pada ketika itu kereta Ford ini telah terkubur di sebuah kampung di Topokon(lupa nama kampung hehehe).Amenk telah cuba berkali-kali,walaupun dengan menggunakan low gear tetapi kereta Ford ini masih tidak mampu untuk meloloskan dirinya. Saya terkejut menerima panggilan telefon daripada sepupu saya iaitu Junaidi memberitahu bahawa Amenk memerlukan bantuan untuk menarik keretanya keluar dari jalan yang lecek akibat oleh hujan itu.



tayar yang terkubur akibat permukaan tanah yang lecek

Kami berdua pun bergegas ke Topokon(saya masih lupa nama kampung yang kami tujui), kami sempat singgah ke rumah saudara Syafiq untuk meminjam tali untuk digunakan menarik keluar kereta Amenk. Setelah sampai kami pun membantu Amenk yang kelihatan telah berkali-kali mencuba untuk meloloskan kereta itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya kereta itu berjaya dikeluarkan,selepas itu kami pun menuju ke Tenghilan untuk mencuci kereta Amenk. Kami ke tenghilan dengan menggunakan jalan lama ke Tenghilan iaitu melalui pekan Topokon.Sambil-sambil jalan sambil-sambil melihat pemandangan alam sekitar yang indah.(heheheh indah cewek ka??)


Bus stop yang terserangam indah di kampung Topokon


Sebelum sampai ke Tenghilan,kami sempat singgah untuk berehat dan menikmati pemandangan di kampung Topokon.Kami pun duduk di bus stop yang terseragam indah dan sempat ambil gambar.Rupanya bus stop di kampung topokon sangat cantik jika dibandingkan dengan bus stop di kampung-kampung lain.


Rumah orang kenamaan(YB)

Sambil kami santai-santai, saya ternampak sebuah rumah cantik di atas bukit. Rupanya rumah ini dimiliki oleh orang ternama(YB). Kalau la saya boleh tinggal di rumah itu, hari-hari dapat melihat pemandangan indah dari beranda rumah itu. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Tenghilan....




0 comments:

Post a Comment