Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman...
http://mymassa.com/myvoice/index.php?itemid=187(DIALOG DEWASA KRITIK BERASA)
Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman...
Posted on 12/05/08 03:11
Author: Abang Mahmor
Category: General
Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman…
Oleh Fuad Rahim
TIBA-TIBA nama Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis, Sabah dan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi menjadi sebutan di mana-mana. Isu yang menyebabkan dia popular seketika kerana berucap di Parlimen ketika sessi perbahasan Menjunjung Kasih kepada Yang DiPertuan Agung, dia menyentuh tentang ‘rumah banglo dan rumah teres’.
Bukan sedikit yang terkejut, malahan ada yang tidak menduga sama sekali, Anifah boleh berkata sedemikian, “tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya di dalam ‘banglo’ itu.”
Isu ‘banglo’ ini timbul ekoran tafsiran kononnya Barisan Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam ‘banglo’ itu.
Bagi orang yang faham, mereka akan meletakkan Anifah Aman ini sebagai ‘angkuh dan sombong’. Bercakap sedemikian, mewakili BN, tanpa rasa hormat dan berterima kasih kepada BN dan kepimpinan, membuktikan ‘kesombongan’.
Sebenarnya, Anifah lebih beruntung jika dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat BN khususnya dari Sabah yang lain. Sekurang-kurangnya dia merasakan juga kerusi Timbalan Menteri, untuk dua penggal. Bukan kerana kelayakan dia duduk sebagai Timbalan Menteri, tetapi kerana Perdana Menteri mahukan dia duduk di situ. Apakah tidak ada wakil rakyat Sabah yang lain yang boleh menjadi Timbalan Menteri? Ramai sebenarnya.
Silaplah kalau kita dapat menjadi Timbalan Menteri, kita merasakan kita yang layak sedangkan yang lain-lain tidak!
Sebagai wakil rakyat Kimanis, perjuangan Anifah, yang mungkin sudah kaya raya sekarang (saya percaya dia tidak susah) bukan soal kemudahan infrastuktur di Kimanis, bukan soal kemudahan belajar bagi anak-anak kampong di pendalaman tetapi perjuangannya sudah sampai kepada ‘kedudukannya sendiri’ selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri.
Walaupun kemudiannya, Anifah ada mengatakan dia tidak ada niat melompat ke parti pembangkang walaupun secara terbuka mengakui kecil hati dengan kedudukan Sabah yang masih terpinggir daripada pembangunan.
Hari ini, ketika BN dilihat sedikit lemah ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) yang memperlihatkan hilang majoriti 2/3, Anifah yang ketika BN menang besar berada di dalam kerajaan rupa-rupanya bersikap sama seperti seorang lagi bekas Timbalan Menteri dari Sabah, Datuk Railey Jeffery yang pernah dipetik sebagai berkata ‘saya ingat saya jadi Menteri selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri’.
Mereka yang ‘ingat’ dan ‘fikir’ hanya diri mereka sahaja yang paling layak menduduki kerusi Menteri atau Timbalan Menteri, sebenarnya ‘ada penyakit’ dalam diri dan jiwa mereka.
Mereka tidak pernah berfikir, ketika BN menang besar, ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen yang meginginkan jawatan, tetapi Perdana Menteri memberi peluang kepada mereka. Terima kasih dan bersyukurlah dengan apa yang mereka dapat dan jika dibandingkan dengan orang lain (maksud saya Ahli-Ahli Parlimen lain), mereka jauh lebih bertuah dan beruntung kerana Perdana Menteri memilih mereka.
Adakah kerana mereka hebat? Bukan. Ada orang lain yang lebih hebat. Adakah kerana mereka berkelulusan? Bukan. Ada orang lain juga berkelulusan. Adakah kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dari orang lain? Jika inilah anggapan mereka, ternyata mereka silap.
Habis tu kenapa mereka ‘bersikap angkuh dan sombong’? Bila tidak mendapat jawatan, terus membuat tafsiran kononnya mereka ‘duduk di tepi tandas. Kata-kata ini, bagi orang Melayu, orang Umno dan orang BN sendiri, adalah suatu kata-kata yang cukup mengambarkan betapa sombong dan angkuhnya pemidato ini.
Mereka tidak pernah berterisma kasih kepada kerajaan dan kepimpinan yang pernah meletakkan mereka di suatu tempat yang cukup hebat suatu ketika dahulu dan cukup ramai orang-orang Sabah yang diberikan jawatan-jawatan penting di Kuala Lumpur.
Tidak adakah pegawai tinggi Polis, Tentera, Kastam, Imigresen dan pegawai-pegawai lain dari Sabah di Kuala Lumpur?
Sedarkah Anifah, bahawa Sabah yang hanya mempunyai 25 kawasan Parlimen (25 Bahagian Umno), seorang Ketua Pergerakan Pemudanya (Datuk Abdul Rahman Dahalan- Kota Belud) dilantik menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia?
Sedarkah Anifah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melantik bekas Ahli Parlimen Libaran, Datuk Akbar Khan Abdul Rahman menjadi Setiausaha Politik? Tidak cukup dengan Datuk Maximus Ongkili, Datuk Mohd Shafie Afdal dan Tan Sri Benard Dompok sebagai Menteri?
Cukup panjang senarai jika hendak dituliskan nama-nama tertentu yang berjawatan di Kuala Lumpur.
Kalau Sabah masih terpinggir, bukan kerana kepimpinan di Kuala Lumpur tidak memperdulikan rakyat di Sabah sebaliknya apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dari Sabah?
Menteri Pelajaran mengumumkan Sabah mendapat RM3.43 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9) bagi membangunkan pendidikan di negeri itu. Ia mengatasi apa yang Pulau Pinang dan Johor dapat. Mustahil Anifah tidak tahu hal ini. Kalau dia tak tahu, apa yang boleh kita buat?
Suatu ketika dahulu, Johor yang cukup dicemburui sekarang, kerana terlalu ramai Ahli Parlimennya menjadi Menteri pernah hanya diwakili dua orang Menteri sahaja walaupun BN menang semua kerusi Parlimen.
Ingat! Dalam tahun 1988, Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan) dan Datuk Mustaffa Mohamad (Menteri Kebajikan Masyarakat) sahaja yang menjamah kerusi cabinet ketika itu.
Ada wakil rakyat Johor berucap di Parlimen, bercakap soal ‘rumah banlo dan rumah teres’? Anifah mungkin baru dalam ‘budaya Umno’. Atau Anifah boleh dikatakan sebagai ‘anti semenanjung’ tetapi kalau Anifah tahu menghormati kepimpinan, bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mempertahankan Ketua Menteri Sabah, yang juga adik beradik Anifah, mungkin Anifah sanggup ‘mencium tangan Pak Lah’ kerana Pak Lah mengutamakan kepentingan parti mengatasi yang lain-lain.
Sepatutnya, kalau Musa Aman tahu semua ini, bagaimana orang-orang Sabah sentiasa berada di Kuala Lumpur, berkempen memburuk-burukkan dia, Musa pun tentunya mencium tangan Pak Lah kerana Pak Lah adalah Perdana Menteri yang tidak mudah digula-gulakan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
Sedikit waktu dahulu, heboh orang mengatakan ada satu kumpulan dari Sabah datang ke Kuala Lumpur, berusaha melobi pihak-pihak tertentu di sini untuk menubuhkan semula USNO. Kata mereka, Umno di Sabah hanya dikuasai ‘ALC’. ALC yang mereka maksudkan ialah ‘Aman Link Company’ – iaitu hanya keluarga Anifah dan Musa Aman sahaja yang mengaut peluang-peluang perniagaan dan kayu balak di Sabah.
Ini bukan cerita rekaan sebaliknya ramai orang Sabah tahu. Malahan, ramai bekas-bekas Menteri Sabah dan bekas-bekas Ketua Bahagian (Umno dan USNO) mengetahui cerita ini.
Janganlah kerana tidak dilantik menjadi Menteri, setelah dua penggal menjadi Timbalan Menteri, Anifah merasakan dia ‘hanya duduk di tepi tandas dalam sebuah rumah banglo’. Jangan ada perasaan itu kerana masih ramai lagi orang Umno yang hanya duduk di kaki lima banglo, luar pagar banglo dan jarang-jarang dapat masuk ke rumah banglo, walaupun mereka adalah pejuang Umno tulin, sejak sekian lama.
Umno telah memainkan peranan besar menyelamatkan Melayu dan Bumiputera di Sabah dari tekanan dan ancaman. Jangan buat-buat lupa cerita ‘bawang’ dan gereja yang hampir-hampir menjadi isu perkauman yang besar suatu ketika duhulu. Masa itu, Anifah dan Musa mungkin masih di Universiti dan kita seharusnya tahu sejarah untuk menuju ke hadapan.
Anifah Aman dan Musa Aman adalah dua orang adik beradik yang cukup bertuah. Ketika kita menuding jari menyalahkan orang lain, sebenarnya kita yang selalu menghisap ‘cigar’ sudah lupa rumput di bumi ketika merenung bintang di langit. Kita lupa budi orang kepada kita. Kita lupa jasa Umno kepada kita. Kita lupa jasa BN kepada negeri Sabah.
Bila kita tengok ‘pokok sudah condong’ kita sama-sama mahu menumbangkannya. Apakah kita yakin kita hebat? Atau Anifah Aman dan Musa Aman – walaupun kini sudah cukup kaya raya, bertanyalah ke Bukit Aman… sejarah hitam Sabah ketika USNO dan Berjaya runtuh dahulu. Mudah-mudahan di Bukit Aman, Anifah Aman dan Musa Aman akan bertemu dengan ‘keAmanan’ yang mereka cari-cari.
Di Bukit Aman, lebih banyak menyimpan rekod dan catatan sejarah hitam Sabah dari ‘rumah banglo’ yang sudah mula hendak ditinggalkan.
BACA JANGAN TAK BACA
Posted by
Blongroup
On
23 April 2009
Labels:
anifah,
anifah aman,
musa,
musa aman,
mymassa.com,
sabah,
sabahkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Profile
Speak!!!
I follow this blog
Visitor
Blog Archive
-
▼
2009
(48)
-
▼
April
(15)
- The Friendster History
- Let Us Vote For Pulau Sipadan Sabah as a New Wonders
- PkR Supporter in sabah
- Budak Pintar In Sabah
- Vip Sabah Car
- Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman...
- Job Oppurtunity Website
- Gerai Di Tenghilan
- www.cekapkomputer.blogspot.com
- TROUBLE AT TOPOKON
- BORING ME!!
- KAMPUNG TAMBULAUNG DALAM BIDANG PERTANIAN.
- KANCIL TENGHILAN
- SETTING SOUND BERSAMA JAILUN
- Mohd Aizzat Bin Mastan
-
▼
April
(15)
0 comments:
Post a Comment