SETTING SOUND BERSAMA JAILUN



Pada satu petang yang indah,mini cooper sempat singgah ke bukit dimana tempat budak-budak sound Tenghilan selalu lepak sambil mensettingkan sound mereka. Trooper ini adalah milik Eddie berasal dari Kampung Tenghilan. Saya rasa dia adalah salah seorang anggota kumpulan kereta DREAM. Saya sempat mendengar bunyi woofer Encik eddie,iaitu shuttel lab empat biji yang pada masa itu disetkan oleh Encik Jailun


Lihat lah keindahan Tenghilan di waktu petang,sambil-sambil menunggu Encik Jailun mensetkan sound hingga ke tahap maksimum.Encik Jailun amat terkenal di Kota belud,terutamanya dikalangan budak-budak kereta yang pernah bermain sound. Untuk pengetahuan anda semua Beliau adalah pengasas kumpulan sound DREAM dan menetap di Kampung Pangkalan Abai Kota Belud.Misi Encik Jailun adalah ingin memajukan sound di Kota Belud dan Sabah.



Gambar diatas menunjukkan Eddie(pemilik trooper)sebelah kiri,Jailun(Pakar Sound)tengah,dan Adzroy(sentiasa tersenyum)kanan. Gambar ini diambil bertempat di tepi jalan raya Kota Belud-Tenghilan iaitu selepas stesen minyak ESSO



Kelihatan Johan yang berbaju Kuning kelihatan berpuas hati dengan bunyi speaker kereta trooper itu, Johan juga mempunyai kereta myvi yang dilengkapi oleh dua biji woofer,kalau tidak silap woffernya juga disettingkan oleh Encik Jailun.Masa untuk mensetting sound di tempat ini adalah terhad,iaitu jam 6 pm hingga 8 pm.Sekiranya masa itu terlebih maka anda akan mendapat pelbagai masalah. masalah yang mungkin akan dihadapi adalah:
*Komplen dari polis(masih setting)
*komplen dari orang kampung(masih juga setting)
*orang kampung mabuk,kemudian membawa parang untuk memotong kamu(terus bersurai)

0 comments:

Post a Comment