Terima kasih lepas samun

Sumber Harian Metro Online
KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.
Suami mangsa yang mahu dikenali  sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di  tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika  hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri  yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.
Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.
 Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar  kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan  tuan kedai keluar makan.

"Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.
“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, lelaki  terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai  itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya  dan membayar semula pada hari lain.
“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.
  “Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal  keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit  dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan  membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan  berdekatan,” katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana  mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan  rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis  Petaling, semalam.
Macam-macam la dunia sekarang ni..heyy....
Profile
Speak!!!
I follow this blog
Visitor
Blog Archive
- 
        ▼ 
      
2012
(14)
- 
        ▼ 
      
January
(12)
- Kerabat Inggeris Yang Pertama Bergelar Hajjah
 - Gaji PM singapura, Rm 5.31 Juta
 - Climbing Mount Kinabalu memory
 - Elakkkan Kemalangan jalan raya
 - Masa Itu Emas
 - Hukum Karma Dalam Islam
 - Imagine a World Without Free Knowledge
 - Terima kasih lepas samun
 - Trollface Comic
 - mini bus and garbage truck crush - Sandakan
 - Raping own daughter -Kota kinabalu
 - Raja Sehari Adzroy Jeroy
 
 
 - 
        ▼ 
      
January
(12)
 

0 comments:
Post a Comment