Masa Itu Emas
Penting urus masa cara profesional
PENGURUSAN masa adalah penting kerana masa adalah aset dan bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.
Kepentingan masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Kita perlu menyedari bahawa setiap detik yang dilalui adalah perjalanan hidup yang tidak akan kembali. Manusia kadang kala leka menyambut kedatangan musim baru, sedangkan di sebalik kelekaan itu ada panggilan ajal yang bakal menanti tidak lama lagi.
Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”
Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya diusaha dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).
Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah kepada umat Islam. Ia mempunyai kesan positif dalam mewarnai nilai kemanusiaan yang lebih baik.
Abu A'la al-Maududi berkata, bahawa ibadat wajib adalah persiapan bagi manusia untuk melaksanakan ibadat lebih besar yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Ibadat yang lebih besar ini antaranya meliputi aspek pengurusan, perjuangan dan kepemimpinan.
Kaitan ibadat puasa dengan pengurusan masa adalah sebahagian panduan penting untuk seseorang manusia membimbing organisasi dirinya dan masyarakat. Islam sentiasa mengajak umat manusia agar menjadikan perkara duniawi saling berkaitan dengan ukhrawi, tidak ada pemisahan antara kedua-duanya.
Puasa mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan di akhirat kelak.
Permulaan puasa fardu setahun sekali pada Ramadan menandakan betapa pentingnya untuk setiap manusia menghargai nilai masa yang dianugerahkan Allah berjumlah 365 hari.
Solat melambangkan proses penyusunan jadual kerja wajib lima kali sehari, puasa pula suatu proses perjadualan perjalanan hidup manusia setahun sekali.
Allah berfirman bermaksud, “Maka sesiapa yang menyaksikan bulan itu (Ramadan), hendaklah dia berpuasa.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).
Berdasarkan perjadualan ini, setiap manusia sepatutnya mendisiplin diri dengan mengadakan kegiatan tahunan utama yang dapat memantapkan lagi visi dan misi sesuatu pengurusan. Kewajipan berpuasa pada Ramadan juga menandakan kepentingan manusia merancang kegiatan tahunan yang tidak terlalu lewat hingga ke penghujung tahun.
Perkara ini kerana Ramadan adalah bulan yang kelima akhir mengikut kalendar hijrah. Perancangan kerja awal dapat menghindarkan kemungkinan pelbagai masalah dan kerumitan yang memerlukan jalan penyelesaian jangka masa panjang.
Puasa mempunyai waktu yang khusus untuk melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya yang tepat akan terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari.
Menepati janji dan masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Organisasi yang tidak menghargai dan menghormati ketepatan masa pasti tidak akan cemerlang.
Puasa ditunaikan sebagai persiapan manusia untuk menghadapi masa depannya pada akhirat.
SUMBER (LINK)
Posted by
Blongroup
On
20 January 2012
Labels:
emas,
ketepatan masa,
masa,
masa itu emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Profile
Speak!!!
I follow this blog
Visitor
Blog Archive
-
▼
2012
(14)
-
▼
January
(12)
- Kerabat Inggeris Yang Pertama Bergelar Hajjah
- Gaji PM singapura, Rm 5.31 Juta
- Climbing Mount Kinabalu memory
- Elakkkan Kemalangan jalan raya
- Masa Itu Emas
- Hukum Karma Dalam Islam
- Imagine a World Without Free Knowledge
- Terima kasih lepas samun
- Trollface Comic
- mini bus and garbage truck crush - Sandakan
- Raping own daughter -Kota kinabalu
- Raja Sehari Adzroy Jeroy
-
▼
January
(12)
0 comments:
Post a Comment