Raja Sehari Adzroy Jeroy


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger, sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini. Pada hari minggu yang lalu bersamaan 15 haribulan januari 2012 rakan saya merangkap pakcik saya yang lebih dikenali sebaga Adzroy Jeroy telah selamat melangsungkan perkahwinannya di Kampung Serusup Tuaran.



Buat pertama kalinya saya menjadi pemandu kereta pengantin, bersama saudara saya Junidi Jain. Saya tidak sempat mengambil banyak gambar, cuma satu gambar sahaja.
Bagai pinang dibelah dua Jeroy Adzroy bersama isterinya, mari kita sama-sama doakan semoga mereka berdua kekal sampai ke akhir hayat

DOA UNTUK DUA PENGANTIN
" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini
seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha
dan
seperti Engkau satukan hati
Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua
kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

AMIN

0 comments:

Post a Comment