Elakkkan Kemalangan jalan raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya mengucapkan Selamat Menyambut tahun baru cina kepada semua rakyat yang berbangsa cina di negara kita ini.

Ramai orang cina yang balik ke kampung dan sebagainya untuk meraikan perayaan tahun baru cina bersama saudara-mara.

Jadi sebelum anda menyambut tahun baru cina atau perayaan lain anda perlulah mengambil langkah-langkah yang betul supaya kemalangan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini semasa anda dalam perjalanan balik ke kampung.

Diantara langkah keselamatan jalan raya yang anda perlu patuhi adalah:

1. Rancang perjalan anda dahulu, jika letih, mabuk atau tidak fokus, jangan meneruskan perjalanan anda ,kerana ini akan membawa kepada punca kemalangan bukan sahaja membahayakan diri anda , ia juga akan membahayakan orang lain.

2. Mengikuti had laju yang ditentukan.

3. Memberikan isyarat semasa menukar lorong, pastikan anda melihat cermin pandag sisi dan pandag belakang sebelum menukar lorong.

4. Memberikan keutamaan kepada pejalan kaki dan sentiasa mematuhi lampu isyarat, jika oren bersedia untuk berhenti.

5. Jaga jarak anda dengan kenderaan lain dan elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan rapat.

6. Patuhi garisan memotong, jangan memotong di garisan bersambung.

7.Jangan memotong barisan dan menyalah gunakan lorong kecemasan.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan, kerana ini membahayakan diri anda dan juga orang lain.

Diharapakan dengan langkah keselamatan jalan raya ini maka pemanduan anda balik ke kampung akan menjadi lebih selamat. Apa-apa pun elakkan melakukan perkara yang boleh membahayakan diri anada dan orang lain.

0 comments:

Post a Comment