Cubalah untuk berubah (oleh DRErom)
Sedikit Petikan Diambil dari utusan Borneo(30 Nov 2010)
Keberanian untuk berubah adalah dari jiwa yang kuat dan unggul kerana hanya mereka yang memiliki tekad yang bulat, teguh pendirian dan sihat dapat melakukan perubahan yang berterusan .Mereka benar-benar melihat arah tuju masa depan tanpa tergoncang dengan cubaan dan tidak pernah gentar dengan segala yang menakutkan
Mereka yang ingin berubah juga harus menjauhkan maksiat kerana penyebab utama kekeruhan jiwa,kegelisahan dan kegelapan hati adalah maksiat.
Dosa boleh mematikan hati dengan adanya dosa mebuat orang menjadi hina.
Jika kita ingin berubah jauhkan dari tindakan yang berlebihan iaitu kurangkan bercakap ,kurangkan makan dan minum ,kurangkan tidur, dan kurangkan bergaul dengan mereka yang tidak berilmu.
"Jika kamu menderita kesakitan maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan sebagaimana kamu menderitanya sedangkan kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan"(An-Nisa:104)
Posted by
Blongroup
On
02 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment