Mam Multipurpose Enterprise
Alhamdulilah rezeki Aurora Azzahra
Company saya dapat juga projek untuk tahun ini.
Terima kasih kepada isteri saya yang bertungkus lumus membantu saya mengisi BQ dan keluarga yang memberikan sokongan sentiasa kepada saya, saya berjaya mendapatkan projek membaiki tandas sekolah.
Alhamdulilah syukur ,semoga rezeki saya dan keluaraga sentiasa ada.Amin
2017 Penuh Bermakna Bagi Hidupku
Alhamdulilah...
Anak perempuan saya telah selamat lahir pada 3.11.2016, dan pada masa yang sama anak kepada kakak sulung saya situ zawani juga telah lahir pada tarikh yang sama cuma masa yang berbeza iaitu pada 3am manakala anak saya pada 4 am.
Ayah dan mama saya telah dikurniakan dua cucu sekali gus, membuatkan total cucu nya buat tahun 2016 adalah seramai 3 org. Dua perempuan dan seoarang lelaki. Cucu pertama merupakan anak kepada adik saya siti zawana dan ipar saya hafeez yang diberi nama rayyan rizqy dan anak kakak saya diberi nama aeriqa zahin bini amir manakala nama anak saya pula aurora azzhara. Alhamdulilah ketiga-tiga mereka sihat, semoga mereka bertiga diberkati Allah swt dan menjadi anak yang soleh/solehah dan bijaksana, selamat di dunia dan akhirat. Aminnn ya rabbal alamin, ini merupakan coretan pertama saya pada 2017 dan diharapkan apabila mereka besar, mereka dapat membaca nya dan mengetahui betapa gembira nya ibu dan ayah mereka menyambut kelahiran mereka ke dunia ini.
Assalamualaikum
Mohd Aizzat Mastan
"Bakal Jenazah"
Januari 2017
Makan oblong dan hotdog di beaufort
Malam ini saya ada kerja sedikit yang diberikan oleh my friend mr hamizan, costing for bq and asking supplier for price untuk tender baja kelapa sawit jadi saya tidur lambat sedikit.
Tadi petang semasa mengambil my beloved wife pulang dari kerja, isteri saya mengidam makan hotdog bun. Jadi kami pergi ke tempat kegemaran kami iaitu berdepan dengan supermarket ncf.(ncf la nfc) lupa.
Disana ada banyak pilihan jenis burger, saya membeli burger jenis oblong blackpepper dan isteri saya pula hotdog.
Di kedai itu banyak pilihan burger bagi penggemar burger di beaufort(ada fight sama mcd n kfc) . Saya sempat bergambar bersama oblong saya.
Ouh terlupa tadi masalah kereta saya susah mau start sudah selesai, cuma wayar terlepas. Ia memerlukan scanner bernama OBD untuk mengesan masalah pada kereta, apabila amaran check enjin telah muncul. Mujur harga untuk membaiki kereta itu tidak melebihi rm100. Alhamdulilah semua urusan hari ini dipermudahkan.
Itu sahaja untuk malam ini, selamat malam dan assalamualaikum.
Mohd Aizzat
Suami kepada mama aurora,
Ayah kepada aurora.
Nasi Lemak Breakfast at Beaufort golf driving range
Assalamualaikum dan selamat pagi
Pagi ini menghantar my beloved wife pergi kerja, sempat untuk bersarapan di gerai berdekatan dengan Beaufort golf driving range.
Tempat ini merupakan salah satu tempat kegemaran saya dan isteri untuk bersarapan, macam biasa isteri saya mengoder nasi lemak dengan telur mata minum milo suam, dan saya pula nasi lemak dengan sayap ayam goreng dan tongkat ali suam.
This place is recommended for those people who want to taste good nasi lemak in Beaufort town. I attached the picture of my food this morning, eventhough older man beside me look at me when im taking picture of my food(this make me shy) ,I put my handphone in silent mode and take picture of my food(hahaa), the price also cheap we only pay for RM 11 for our foods and drinks. Ok thats all for this morning.
Jangan lupa baca doa makan sebelum makan. Ok have a nice day!!😁😁😁😁😘😘😉😊😊
Peace from me,my wife and my baby hehehe
Aizzat
(Bakal Ayah)
MAM APPAREL(cetak baju online sabah)
Hari ini kawan saya ziko telah merealisasikan design baju yang lama saya impikan.
Idea baju ini saya terjumpa di internet, lalu saya mencari siapa supplier untuk baju ini.
Tetapi malangnya saya tidak terjumpa. Lalu saya teringat bahawa teman saya telah menubuhkan satu syarikat mencetak baju yang bertempat Tamparuli sticker, kedai nya dia beri nama tukang cetak baju tamparuli.
Pengarah syarikat ini adalah teman baik saya sejak dari smk tamparuli lagi dan memegang sarjana muda kejuruteraan perisian.
Saya sempat bercerita dengannya tadi tentang perniagaan nya, sebelum dia menubuhkan syarikatnya dia sudah cuba berbagai kerja, dia pernah memotong rumput di rumah orang tanpa memperdulikan apa tanggapan orang kepadanya.
Dia berkata kepada saya mesti berani mencuba dan jangan berputus asa dengan apa yang anda usahakan, kerana berkat usaha kita akan berjaya. Saya amat berbangga mempunyai kawan seperti ini, dia juga mengajar saya cara-cara untuk berniaga.
Semoga Ziko berjaya dengan perniagaannya. Di bawah saya sertakan No telefon saya bagi sesiapa yang ingin mencetak baju, harga yang ditawarkan oleh kawan saya ini amat berpatutan. Saya juga serta kan gambar hasil kerja Syarikat tukang cetak baju tamparuli ini jangan segan untuk menghubungi saya.
Aizzat
(Kuli-kuli sahaja)
HUBUNGI SAYA UNTUK DESIGN INI
014-5525794